Rabu, 13 Januari 2010

Pancaragam SMK Tinggi Muar






SMK Tinggi Muar telah mendapat peruntukkan khas untuk menubuhkan pasukan pancaragam dari Menteri Pelajaran. Alam Music telah diberi kepercayaan untuk membekalkan alatan muzik yang diperlukan. Tanggal 29/12/2009 penghantaran alatan muzik tersebut telah dibuat. Kebanyakkan alat yang dibekalkan terdiri dari jenama Pearl dan Jupiter.

Isnin, 21 Disember 2009

ALAM MUSIC ACOUSTIC BAND....on action






ALAM MUSIC ACOUSTIC BAND

Alam Music Acoustic Band baru sahaja ditubuhkan dan merupakan produk baru dari ALAM MUSIC. Band ini terdiri dari 5 orang pemuzik/penyanyi berbakat besar dan berpengelaman luas dalam bidang muzik. Band ini dianggotai oleh Kacul sebagai pemain bes/penyanyi/ketua, Hazapi - 1st lead guitar, Zul Haidi - 2nd lead guitar, Aiman - percussion dan Usof - penyanyi/percussion. Mereka akan membuat persembahan pada 22/12/2009 jam 7.45 mlm di Hotel Traders Muar sempena Annual Dinner Pejabat Perpaduan Daerah Muar 2009.

Isnin, 14 Disember 2009


Majlis perkahwinan adik bongsu saya NORDIANA telah selamat dilangsungkan. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua kenalan dan pelanggan ALAM MUSIC yang sudi datang memeriahkan majlis tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Khamis, 26 November 2009

Kepada semua kenalan dan pelanggan ALAM MUSIC jika ada kelapangan dijemput ke majlis perkahwinan adik bongsu saya NORDIANA pada 28/11/2009 ( Sabtu ) di N0. 56, Taman Limbong Maju, Parit Samsu, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor...Majlis bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang..dari Mohd Azme bin Yusoff dan semua ahli keluarga
Salam....selamat menyambut hari raya aidil adha dari kami ALAM MUSIC kepada semua umat Islam khasnya pelanggan-pelanggan kami...

Selasa, 6 Oktober 2009

Perkhidmatan Sewa PA Sistem


Alam Music menawarkan perkhidmatan sewa PA Sistem untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan pertandingan. Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan boleh dirunding....Kami mempunyai krew yang berkebolehan secara tetap dan sambilan. DJ utama kami DJ Amy Fadzlie sedia memeriahkan majlis anda!!!. Perlukan khidmat kami atau perlukan lebih penerangan hubungi kami di ALAM MUSIC -
G-03 Hentian Maharani, Jalan Maharani, 84000, Muar, Johor.
No. Tel : 012-6770656/017-6601232 Fax : 06-9546076
Email : ams_9@yahoo.com/mohazme@gmail.com
Blogspot : alammusic-mohdazme.blogspot.com

Ahad, 4 Oktober 2009

Program Rakan Muda Seni Budaya Muzik






Program Rakan Muda Seni Budaya Muzik Johor
Majlis Muzik Malaysia dengan kerjasama Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan telah mengajurkan satu program selama 15 minggu untuk memberi peluang kepada remaja mempelajari asas muzik. Dalam program ini remaja diberi peluang belajar bermain dram, gitar serta vokal secara percuma. Jurulatih-jurulatih telah dipilih dikalangan guru-guru muzik serta pemuzik-pemuzik professional. Di Johor program ini telah berjalan selama 7 minggu. Latihan-latihan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Diharap program ini nanti dapat memberi pengetahuan asas muzik kepada remaja-remaja yang mengikutinya. Di Johor 9 orang jurulatih serta lebih kurang 50 orang remaja terlibat dalam menjayakan program ini.

18-10-2009 ( Ahad )
10.00 pagi - 2.00 petang
Semua peserta program rakan muda seni budaya muzik johor iaitu peserta vokal, gitar dan dram akan digabungkan untuk kali pertama. Peserta ini akan menjalankan latihan khusus dalam satu pasukan bagi membuat satu persembahan sempena majlis sambutan hari raya Pusat RakanMuda Johor. Majlis ini akan berlangsung pada 19-10-2009. Persembahan ini sangat penting bagi semua jurulatih yang terlibat untuk menilai keberkesanan program 15 minggu ini samada berjaya atau tidak.