Selasa, 6 Oktober 2009

Perkhidmatan Sewa PA Sistem


Alam Music menawarkan perkhidmatan sewa PA Sistem untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan pertandingan. Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan boleh dirunding....Kami mempunyai krew yang berkebolehan secara tetap dan sambilan. DJ utama kami DJ Amy Fadzlie sedia memeriahkan majlis anda!!!. Perlukan khidmat kami atau perlukan lebih penerangan hubungi kami di ALAM MUSIC -
G-03 Hentian Maharani, Jalan Maharani, 84000, Muar, Johor.
No. Tel : 012-6770656/017-6601232 Fax : 06-9546076
Email : ams_9@yahoo.com/mohazme@gmail.com
Blogspot : alammusic-mohdazme.blogspot.com

Ahad, 4 Oktober 2009

Program Rakan Muda Seni Budaya Muzik






Program Rakan Muda Seni Budaya Muzik Johor
Majlis Muzik Malaysia dengan kerjasama Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan telah mengajurkan satu program selama 15 minggu untuk memberi peluang kepada remaja mempelajari asas muzik. Dalam program ini remaja diberi peluang belajar bermain dram, gitar serta vokal secara percuma. Jurulatih-jurulatih telah dipilih dikalangan guru-guru muzik serta pemuzik-pemuzik professional. Di Johor program ini telah berjalan selama 7 minggu. Latihan-latihan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Diharap program ini nanti dapat memberi pengetahuan asas muzik kepada remaja-remaja yang mengikutinya. Di Johor 9 orang jurulatih serta lebih kurang 50 orang remaja terlibat dalam menjayakan program ini.

18-10-2009 ( Ahad )
10.00 pagi - 2.00 petang
Semua peserta program rakan muda seni budaya muzik johor iaitu peserta vokal, gitar dan dram akan digabungkan untuk kali pertama. Peserta ini akan menjalankan latihan khusus dalam satu pasukan bagi membuat satu persembahan sempena majlis sambutan hari raya Pusat RakanMuda Johor. Majlis ini akan berlangsung pada 19-10-2009. Persembahan ini sangat penting bagi semua jurulatih yang terlibat untuk menilai keberkesanan program 15 minggu ini samada berjaya atau tidak.